Pihak polis menegaskan bahawa kematian seorang remaja lelaki yang ditemui terbakar pada Sepetember lalu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
Tusuk diri, bakar hidup-hidup
Memetik laporan News Detik, mangsa yang berusia 16 tahun itu dipercayai cuba mengakhiri hayatnya dengan menusuk diri sebanyak enam kali menggunakan sebilah pisau sebelum membakar dirinya sendiri.
Kejadian ngeri itu berlaku pada 24 September lalu. Difahamkan, punca kematian mangsa adalah disebabkan luka akibat melecur hampir seluruh badan.
Hasil siasatan pihak polis mendapati kematian mangsa tidak mempunyai sebarang unsur jenayah. Malah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa berjalan sendirian ke lokasi kejadian sebelum ditemui maut. Polis juga yakin bahawa tiada seorang individu pun yang mengekori mangsa.
Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai mengalami tekanan yang melampau malah sebelum ini juga, mangsa pernah berniat untuk membunuh diri. Bukan itu sahaja, mangsa dikatakan mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam kehidupan hariannya.
Sumber: Detik News, Megapolitan Kompas