Penyanyi Haqiem Rusli memberitahu isterinya, Wan Anis Sofea belum hamil lagi.
Artikel Berkaitan: Bertemakan Hip Hop & Dance! Pasangan Manakah Yang Akan Layak Ke Pusingan Akhir?
Belum lagi
Menurut Haqiem, dakwaan netizen tidak benar sama sekali berhubung perkara tersebut. Bahkan, dia akan berkongsi mengenai berita baik itu kepada umum seandainya Sofea hamil.
Belum lagi. Saya buat kapsyen ‘We Love You’ maksudnya kami semua sayangkan dia, termasuk keluarga saya dan keluarganya. Orang salah faham konteks kapsyen itu.
Memang saya suka gunakan ‘we’ sebab saya mahu Sofea rasa disayangi oleh semua. Tapi, jujurnya Sofea belum hamil lagi. Jangan percaya cakap netizen, kalau saya cakap ya, baru benar. Benda baik saya akan beritahu.
Haqiem yang ditemui pada siri jelajah OGAWA yang juga penaja utama program realiti, Famili Duo 2023 di KL East Mall, semalam, menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan zuriat dan rezeki buatnya dan Sofea, namun diharapkan tidak bertanya berlebihan.
Saya ucap terima kasih kepada sesiapa termasuk saudara mara yang mesej saya. Alhamdulillah, kami okay. Tapi, kalau tanya depan-depan agak menjengkelkan, jadi jangan tanya banyak lagi. Semua itu rezeki dari Allah, bagaimana kita nak menentukan.