Sebuah karnival anjuran Synapze Sdn Bhd yang diberi nama RUNHACK: Scam Alert bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember ini bermula pada jam 7 pagi hingga 2 petang.
RUNHACK: Scam Alert
Karnival RUNHACK: Scam Alert yang disokong penuh oleh Kementerian Komunikasi dan Digital itu sarat dengan pelbagai aktiviti permainan, larian dan pameran hasil kerjasama daripada rakan kongsi dan penaja.
Pengarah Synapze, Andrew Tai, berkata karnival ini bukan sekadar larian, sebaliknya untuk mengkaji penggunaan teknologi dan latihan fizikal sambil mengajar orang ramai tentang pelbagai jenis penipuan yang semakin berleluasa di Malaysia.
RUNHACK: Scam Alert memberi Synapze peluang untuk mengingatkan satu sama lain supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam melihat percubaan penipuan dan ia adalah modus operandi yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Penganjuran RUNHACK: Scam Alert secara amnya bertujuan untuk mendidik pengunjung tentang penipuan melalui aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Sasar 1,000 pengunjung
Menyasarkan seramai 1,000, RUNHACK:Scam Alert akan diadakan di ruang tempat meletak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pelbagai aktiviti dan permainan menarik disediakan untuk mengkaji cara mengesan dan
mengelakkan penipuan.
Aktiviti utama, 5km Fun Run melibatkan orang ramai dari semua peringkat kecergasan akan berlari melalui empat checkpoint di mana mereka perlu mengimbas kod QR, mengenal pasti kes penipuan dan akhirnya pelari bakal mengumpul setem digital.
Pengalaman interaktif ini menguji kemahiran dalam mengesan penipuan dan pemikiran kritis peserta terhadap persekitaran tanpa tekanan.
Jersi dan beg bertali percuma akan diberikan kepada semua peserta dan medal penamat bagi kanak-kanak.
Peserta diberi kesempatan melawat photobooth dan 5 stesen permainan interaktif iaitu Firewall Breach Challenge (Kick & Score), SCAM Alert (Whack-a-Hack), Cyber Rush (Wind Chamber), Password Strength (Hammer King) dan Busting Scam (Boom Blaster).
Menariknya lagi, peserta turut berpeluang untuk memenagi cabutan bertuah yang bernilai lebih RM8,000.
RUNHACK x Filem ‘Oppa’
Run Hack 2023 turut bekerjasama dengan filem kesedaran pertama Malaysia yang bakal ditayangkan tidak lama lagi bertajuk ‘OPPA’ yang berkait rapat tentang penipuan percintaan (love scam) dibawah hasil kerjasama Dream Film Sdn Bhd dan Jabatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia.
Setiap peserta yang berdaftar akan menerima jersi eksklusif RUNHACK: Scam Alert, pingat penamat, beg, minuman, serta pengetahuan yang tidak ternilai tentang isu penipuan yang berleluasa menyasarkan rakyat Malaysia hari ini.
Tiket dijual pada harga RM70 (individu), RM325 (berkumpulan – 5 pax), RM600 (berkumpulan – 10 pax) dan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Untuk mendaftar RUNHACK: Scam Alert, sila klik di sini.
Ikuti juga laman web dan media sosial program untuk lebih banyak kemas kini dan butiran di Website, Instagram @runhackscamalert dan Facebook @RunHack: Scam Alert.