Baru-baru ini, penyampai radio Fizi Ali mencuri perhatian ramai apabila memuat gambar bersama isterinya ketika menghadiri konsert Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah bertempat di Plenary Hall, KLCC.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Berang Netizen DM Isteri, Sengaja Komen ‘Tiga Hingga Lima Tahun Akan Tunjuk Perangai Sebenar’
‘Kekasih awal dan akhir’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin dilihat memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen bertulis ‘Kekasih Awal Dan Akhir’.
Kekasih awal dan akhir, gitchuuu! Konsert Datuk Jamal Abdillah.
Walau bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik itu telah menyebabkan penyampai radio berusia 34 tahun tersebut teruk dikecam netizen yang menganggap tulisan dibuatnya tidak sensitif memandangkan pernah berkahwin dengan pelakon, Shakillah Khoriri sebelum ini.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Fizi seolah-olah menidakkan kewujudan Shakillah yang juga merupakan ibu kepada anak mereka, Ameena Sofia.
Mereka juga meluahkan rasa kasihan terhadap Shakilla yang seakan tidak diiktiraf pernah menjadi yang pertama dalam kehidupan Fizi.
Tidak berdiam diri, Fizi tampil membidas kritikan yang dilemparkan ke atasnya itu dan menjelaskan bahawa kapsyen yang ditulisnya itu adalah berdasarkan tajuk lagu Jamal yang bertajuk, ‘Kekasih Awal Dan Akhir’.
Sekadar info, Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 sebelum disahkan bercerai pada Disember 2021.
Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha.
Sumber: Instagram