Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix baru sahaja melabuhkan tirai di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada minggu lalu. Korang tau tak yang Cub Prix ni dah masuk musim ke-30 tahun ini sejak mula dipertandingkan pada 1994? Power gila guys!
Buat korang yang tak berkesempatan untuk merasai sendiri kemeriahan perlumbaan Cub Prix 2023, jangan risau! Kami akan kongsikan sorotan menarik sepanjang perlumbaan berlangsung.
5 highlight Cub Prix 2023
1.10 pusingan
Setiap litar mempunyai keunikan tersendiri seperti Litar Batu Kawan yang mempunyai ciri unik selekoh separuh bulatan dan dua ‘chicane’ kiri dan kanan yang pasti menambah lagi cabaran kepada setiap pelumba.
2. Juara keseluruhan CP150 – Md Akid Aziz
Md Akid Aziz, pelumba Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing berjaya meraih tempat pertama bagi keseluruhan acara CP150. Kenangan manis ini diraihnya setelah berjaya mengumpul 191 mata keseluruhan. Menduduki tempat kedua adalah rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran dan diikuti Azroy Hakeem Anuar dari Honda Yuzy Estremo di tempat ketiga
3. Juara keseluruhan CP125 – Md Khairi Asyraf Mahmood
Kategori CP125 diungguli Md Khairi Asyraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team yang berjaya meraih 154 mata. Sementara tempat kedua diduduki Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam dari pasukan sama dan ketiga, Md Hafiza Rofa dari ONEXOX TKKR Racing Team.
4. Cabutan bertuah Happy Bag, dapat Honda RS-X!
Salah satu tarikan yang dinanti-nanti ramai setiap tahun di acara Cub Prix adalah cabutan bertuah Happy Bag yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah sebuah motorsikal!
Buat edisi 2023 ini, Happy Bag menawarkan sebuah motosikal Honda RS-X buat pemenang bertuah yang membeli Happy Bag Cub Prix pada harga RM65 sahaja, isi beg tersebut adalah baju-T, minyak pelincir, baju hujan, stiker dan paling penting mestilah kupon cabutan bertuah.
Selain sebuah motosikal, pembeli bertuah juga dapat memenangi pelbagai lagi hadiah istimewa lain yang terdiri daripada produk syarikat KYT, Racing Boy, Uma Racing, Koyoko, Cardinals, SCK, NGK, RKM dan juga syarikat Corsa.
5. Petronas Pavilion: Pengalaman Cub Prix yang Tidak Dapat Dilupakan
Bukan perlumbaan di litar sahaja yang menarik perhatian umum tetapi gerai Petronas Pavilion juga muncul sebagai sorotan utama, menawarkan pelbagai aktiviti untuk peminat semua peringkat umur.
Ia umpama hab keseronokan yang menyediakan pelbagai info mengenai suka permotoran. Selain itu, ada juga aktiviti seperti permainan interaktif bersama penonton serta peluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang luar biasa dan unik!
Suasana di Petronas Pavilion sentiasa gamat terutama sekali dengan kehadiran penyampai radio stesen Hot FM sebagai hos utama. Lebih mengujakan lagi, apabila pemain badminton negara, Muhammad Shaqeem Eiman dan Siti Nursuhaini turut membuat kemunculan istimewa bersempena dengan Kejohanan Terbuka Malaysia Petronas akan datang pada Januari 2024.
Di Petronas Pavilion fokus utama mereka adalah untuk menanam minat dan mendidik orang ramai tentang sukan permotoran. Ia adalah bukti dedikasi Petronas untuk memupuk rasa cinta generasi muda dalam sukan ini melalui persekitaran yang penuh keseronokan dan informasi penting dengan harapan untuk melahirkan lebih ramai pelumba baru berbakat besar.
Jumpa di Cub Prix 2024!
Haa.. Best kan Cub Prix tahun ini? Meriah dengan macam-macam aktiviti dan paling penting sarat dengan ilmu berguna. Kalau korang adalah peminat suka permotoran tapi tak berkesempatan untuk merasai secara langsung debaran Cub Prix musim ini jangan sedih guys, tahun depan ada lagi!
Buat adik-adik yang menyimpan cita-cita untuk bergelar pelumba motor profesional, korang pun wajib datang tahun depan okay! Siapa tahu mungkin koranglah the next Valentino Rossi?!
Untuk mengetahui sebarang info terbaru mengenai Cub Prix Malaysia korang boleh ke Instagram rasmi mereka di SINI.