Seorang wanita di Mojokerto, Indonesia yang mengalami masalah mental selepas ditinggalkan suaminya sanggup membunuh ayah kandungnya yang berusia 7o tahun.
Artikel Berkaitan: Hukuman Mati Tiga Lelaki Disabit Kesalahan Bunuh Warga Emas Digantikan Penjara 35 Tahun
Pukul kepala
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Tribun Trends, suspek memukul kepala ayahnya menggunakan kerusi plastik.
Menurut Ketua Polis Daerah Magersari, Pesuruhjaya Polis Roy Aquary Prawirosastro, pukulan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk di atas meja lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
Penjenayah adalah anak kandung mangsa. Dia memukul bapa kandungnya dengan kerusi plastik biru. Mangsa terjatuh dan dikatakan terhantuk kepalanya di atas meja.
Saksi kejadian turut memberikan keterangan dengan menyatakan mereka melihat suspek dan mangsa bertengkar di sebelah rumah.
Lokasi pukulan adalah dari tepi rumah hingga ke dalam. Mangsa ditemui mati di dalam biliknya.
Tambah penduduk tempatan, suspek sudah lama mengalami masalah mental dan menjadi semakian teruk selepas suaminya tidak pulang ke rumah.
Suaminya tidak pernah pulang dan sudah lama meninggalkannya. Sebab itu dia suspek menjadi ODGJ (penghidap gangguan mental) yang serius sejak suaminya meninggalkannya.
Sumber: Tribun Trends