Selepas 40 minit, pakar bedah akhirnya berjaya menyelamatkan seorang wanita yang bertarung nyawa selepas tercekik berus gigi pada 29 November lalu.
Nyaris maut tercekik berus gigi
Memetik laporan NDTV, mangsa yang dikenali sebagai Heizea hampir maut selepas tercekik berus gigi ketika mahu mengeluarkan cebisan makanan yang tersekat dalam kerongkongnya. Bercerita dengan lebih lanjut, wanita berusia 21 tahun itu memaklumkan malang tidak berbau apabila berus gigi tersebut terlepas dari genggamannya.
Ayah saya tidak dapat membantu kerana dia berkerusi roda, jadi saya terpaksa bertindak sendiri menggunakan berus gigi.
Oleh kerana keadaan semakin teruk, saya mengambil benda pertama untuk dipegang iaitu berus gigi untuk cuba mengeluarkan cebisan makanan itu.
Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital di Spanish untuk mendapatkan rawatan dan selepas hampir 40 minit, mangsa berjaya diselamatkan oleh sepasukan pegawai perubatan.
Selepas saya tersedar, berus gigi itu diletakkan atas meja sisi katil dan mujurlah dapat bernafas seperti sedia kala.
Sumber: NDTV