Sekadar gambar hiasan
Seorang guru lelaki yang mengajar di sebuah sekolah di Indonesia ditahan polis selepas disyaki mencabul anak muridnya.
Guru cabul pelajar dalam kelas
Memetik laporan Kompas TV, tertuduh dipercayai melakukan perbuatan jijik itu terhadap mangsa, 15, sebanyak tiga kali. Lebih mengejutkan apabila mendapati aksi pencabulan itu bukan sahaja dilakukan di sebuah hotel malah dilakukan suspek di bilik darjah.
Perbuatan tersebut terbongkar selepas ibu bapa mangsa tampil membuat laporan polis. Beberapa orang saksi termasuk mangsa telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Susulan daripada itu, tertuduh yang berusia 29 tahun itu telah ditahana polis dan berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabitkan bersalah.