Seorang wanita bergelar ibu mengaku bersubahat dan membiarkan si suami merogol anak kandungnya dua tahun lalu. Lebih mengejutkan apabila wanita itu menggunakan alasan bagi mengubati mangsa yang kononnya diganggu makhluk halus.
Ibu bersubahat biar anak dirogol
Memetik laporan Sinar Plus, lelaki terbabit didakwa merogol mangsa yang juga anak tirinya, 17, ketika mangsa berada di dalam bilik di rumah ibunya, pada 2021.
Susulan daripada itu, isteri, 41, yang merupakan ibu kandung mangsa yang turut bersubahat dalam kejadian itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376B kanun sama.
Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 109 memperuntukkan hukuman sama bagi kesalahan dikenakan sekiranya tiada peruntukan dinyatakan, manakala Seksyen 376B, penjara sehingga 30 tahun dan juga 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.
Manakala suaminya yang juga seorang buruh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Bagi Seksyen 376B pula, tertuduh boleh dipenjara sehingga 30 tahun serta 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Januari hadapan untuk menjatuhkan hukuman terhadap wanita itu selain sebutan semula kes, serahan dokumen dan juga laporan perubatan berkaitan kes suaminya. Mahkamah juga memutuskan reman terhadap kedua-dua tertuduh dilanjutkan mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.
Sumber: Sinar Plus