Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Syamimia memilih untuk ‘hilang’ selama sebulan kerana enggan mengeruhkan lagi isu Palestin yang melanda dirinya, pada Oktober lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamimia Mohon Maaf Tak Guna ‘Pengaruh Besar’ Sebar Kesedaran Isu Palestin, Netizen Terus Kecam & ‘Unfollow’
Artikel Berkaitan: Dikecam Duduk PPR Tapi Hidup Mewah, TikToker Dedah Rumah Milik Arwah Ibu – ‘Berhenti Belajar Bayar Hutang’
Suara saya tidak ‘valid’
Bagaimanapun, Syamimia kesal apabila ada beberapa individu lelaki bertindak menggelar dirinya ‘Israel dan neutral’ ketika sedang bercuti di Pulau Pinang.
Dakwa Syamimia, video permohonan maaf itu telah disunting dan hanya mengambil bahagian yang ‘penting’ saja untuk dijadikan cerita.
Baru-baru ini saya bercuti di Pulau Pinang dan segerombolan lelaki memanggil saya ‘Israel dan neutral’ kerana isu lalu. Mereka lari dan tidak memohon maaf.
Sebulan sudah saya menyepi. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan merasakan suara saya tidak lagi ‘valid’ dan mahu didengari oleh bangsa saya sendiri.
Saya tidak pernah berkata saya neutral dan menyokong Israel di sebuah video live permohonan maaf saya bulan lalu. Video tersebut telah disunting dan diambil bahagian yang ‘penting’ sahaja untuk dijadikan sebuah cerita.
Saya minta maaf pada yang terasa hati, menyangka saya menyokong Israel neutral duduk tengah-tengah tak sokong Palestine. Saya cuba habiskan ayat ini dalam keadaan gemuruh bertemankan suami di sebelah saya.
Di dalam video 4 minit juga saya berkata, ‘Saya bersama saudara saya di Palestine’ beserta bendera Palestin walaupun kecil nilainya di mata manusia.
Justeru, Syamimia memohon kepada orang ramai untuk berhenti menyebarkan fitnah yang menyebabkan nama baiknya terjejas.
Dah derma, solat & berdoa
Dalam pada itu, Syamimia menyatakan dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai orang Islam dengan menghulurkan derma serta berdoa demi mempertahankan bumi Palestin.
Derma wang, solat dan doa telah saya lakukan sebanyak mungkin untuk saudara saya di Palestin. Adakah usaha kecil saya untuk Palestin dan posting ini dikira tidak mulia di mata manusia?
Tidak, saya hidup bukan untuk penilaian manusia. Saya tidak pernah berjudi, minum arak dan menghasilkan video ‘hate’ (kebencian) tentang orang lain di media sosial. Allah tahu apa yang saya kerjakan.
Terdahulu, Syamimia didakwa enggan menggunakan pengaruh dan platform media sosialnya untuk menyebarkan kesedaran mengenai pergolakan yang sedang berlaku di Palestin.
Syamimia berkata, dia mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu itu di media sosial.
Menurut Syamimia, dia ada berhasrat untuk memberi sumbangan seperti yang dilakukan oleh beberapa pempengaruh lain yang mempunyai nama besar, tetapi buat masa ini dia hanya mampu mengirimkan doa kepada rakyat Palestine.
Video itu bagaimanapun dipadam selepas mendapat kritikan dan kecaman bertalu-talu netizen yang tidak bersetuju dengan penjelasannya itu.
Syamimia kemudiannya menerusi siaran langsung pada malam Isnin tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai di atas penjelasannya yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terasa hati.
Meskipun sudah memohon, namun segelintir netizen masih tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut. Malah, ada yang bertindak menekan butang ‘unfollow’ di TikTok milik Syamimia.
Sumber: Instagram