Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul isterinya menggunakan dumbel sehingga mengakibatkan wanita itu maut dalam satu kejadian di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam pada pagi Jumaat.
Pukul steri dengan dumbel
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan kejam itu kerana cemburu. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, suspek dikatakan telah membawa isterinya ke hospital kononnya mangsa mengalami sawan. Namun hasil pemeriksaan mendapati, terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa dan dipercayai akibat dipukul.
Susulan daripada itu, suspek yang bekerja sendiri telah ditahan polis bagi membantu siasatan dan dumbel yang dipercayai digunakan suspek turut dirampas.
Pasangan tersebut baru berkahwin pada April lepas dan belum mmepunyai anak. Si mati bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej di Sarawak pulang bercuti untuk menghadiri perkahwinan adik iparnya.
Hasil semakan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Sumber: Sinar Harian