Sekadar gambar hiasan
Seorang gadis berusia 20 tahun menjadi mangsa pemerkosaan dua pemandu bas persendirian ketika dalam perjalanan dari Jaipur ke Uttar Pradesh, India pada 9 dan 10 Disember lalu.
Gadis dirogol pemandu bas
Foto: NDTV
Memetik laporan NDTV, ketika kejadian, mangsa dikatakan duduk di tempat penumpang sebelum diperkosa dua pemandu bas persendirian yang dikenali sebagai Arif dan Lalit.
Menurut Ketua Balai Polis Kanota, Bhagwan Sahay Meena, terdapat beberapa penumpang lain di dalam bas berkenaan manakala mangsa berada di dalam kabin yang ditutup dari dalam.
Mangsa bagaimanapun sempat menekan penggera kecemasan dan penumpang lain yang menyedari kejadian itu berjaya menghentikan bas tersebut.
Seorang suspek, Arif akhirnya ditahan polis manakala rakannya, Lalit berjaya melarikan diri. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan pihak polis sedang giat menjejaki Lalit.
Sumber: NDTV