Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham Datuk M Daud Kilau sempat berpesan kepada cucunya, Norhasliyana Hassan, 33, agar menguruskan jenazahnya sebaik mungkin.
Artikel Berkaitan: Penyanyi M Daud Kilau Meninggal Dunia
Pesanan arwah
Memetik laporan Berita Harian, Norhasliyana berkata, arwah berpesan agar jenazahnya dimandi dan dikafankan dengan sebaiknya jika ajalnya sudah tiba.
Atuk beritahu beliau akan pergi. Atuk sempat berpesan agar jenazahnya dimandi dan dikafankan betul-betul.
Saya hanya mendengarnya, tetapi, saya tidak terlalu memberi perhatian sebab anggap atuk ‘mamai’. Atuk minta minta maaf, atuk beritahu nak pergi dah.
Dalam pada itu, Norhasliyana berkata, dia tidak menyangka apabila pesanan tersebut merupakan perbualan terakhir bersama arwah.
Kadang-kadang apabila atuk telefon, dia selalu tanya, cucu atuk buat apa?’ Selepas itu, atuk menyanyi lagu Cek Mek Molek kepada saya.
Kenangan ini saya mesti rindu hendak dengar dan lihat senyuman atuk. Sejak atuk masuk hospital 12 Disember lalu, atuk sudah tak senyum, hanya beri tindak balas yang minimum.
Saya pulang ke Kuala Lumpur kelmarin sebab doktor beritahu keadaan atuk sudah stabil. Kami fikir akan teruskan dengan pembedahan kaki atuk yang sepatutnya dibuat semalam.
Tetapi apabila saya sampai Kuala Lumpur, keadaan atuk semakin merosot.
Semalam, industri tanah air dikejutkan dengan berita pemergian seorang permata seni, Datuk M Daud Kilau.
M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau sebelum ini berdepan masalah penyakit jantung, paru-paru berair dan kebas anggota kaki dan tangan.
Sumber: Berita Harian