Bekas peserta program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan sebelum ini memberi bayangan bahawa dia bakal berpisah dengan kedua-dua isterinya iatu Ain ‘Afini dan Hana Azraa.
Bagaimanapun, dalam hantaran terbaru di media sosial, Hana didakwa sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Abu Akui ‘Tergelincir’, Dedah Punca Kontroversi Rumah Tangga Viral – ‘Sebenarnya Iman Tak Kuat Untuk Saya Pertahankan’
Artikel Berkaitan: PU Abu Beri Bayangan Berpisah Dengan Kedua Isteri, Ain ‘Afini & Hana Azraa?
‘Nampak baby bump’
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), isteri kedua kepada PU Abu itu dilihat sedang berada di sebuah pusat perubatan.
Pada hantaran yang sama, Hana menulis kapsyen seolah-olah sedang menanti sesuatu yang baik.
Satu lagi rahmat akan datang.
Bahagian perut Hana juga kelihatan sedikit besar sehingga ramai warganet mendakwa dia kini sedang hamil.
Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan kesihatan Hana dan bayi dalam kandungannya.
Cantiknya Hana nampak ‘baby bump’.
Dah berapa bulan tu? Tahniah.
MasyaAllah tabarakallah. Moga dipermudahkan segala urusan Hana dan bayi.
Untuk info, Abu mendirikan rumah tangga bersama isteri pertamanya, Ain pada tahun 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan ‘Afi dan Siti Khadijah.
Kemudian, Abu dan Hana pula bernikah pada tahun 2019 dan memiliki seorang cahaya mata iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen.
Sebelum itu, Hana yang merupakan ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan bernama Afifah Aisyah hasil daripada perkahwinan pertamanya.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Hana Azra