Adik kepada pelakon, Syafie Naswip tampil membuat permohonan maaf susulan tindakan memeluk kakak iparnya ketika majlis pernikahan pasangan itu pada 23 Disember lalu.
Artikel Berkaitan: Syafie Naswip Sah Bergelar Suami, Serah Mas Kahwin RM300 Buat Cinta Hati
Saya mohon maaf
Menurut Sapawi, dia sedar tindakan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Berikutan daripada itu, dia tampil memohon maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
Berkenaan dengan video ini yang saya peluk kakak ipar saya, saya mohon ampun dan maaf kepada semua yang kurang senang dan saya akui kekhilafan saya yang lupa akan hukum hakam semua.
Tolong semua stop bergaduh sesama korang dan saya dah pun akui kesilapan saya dan berharap ini adalah yang terakhir saya bersuara issue ini dan harap tiada lagi dibangkitkan. Saya juga memohon maaf kepada kakak saya @ikarxy dan abang saya @syafienaswip dengan apa yang dah berlaku.
Tambah Sapawi, dia berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan lagi selepas ini.
Terima kasih yang menegur dan ada yang bagi kata-kata yang kurang manis untuk dibaca tapi saya akui kesilapan tu datang dari saya sendiri. Terima kasih semua.
Sumber: Sapawi