Sebelum ini, pelakon Amyza Aznan memberitahu suaminya iaitu Khairil Idzhar sedang kritikal dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, selepas mengalami sesak nafas.
Artikel Berkaitan: Suami Amyza Aznan Kritikal, Terpaksa Ditidurkan Di ICU
Terbaru, Amyza berkata, suaminya sudah sedar.
Masih pakai alat bantuan pernafasan
Menerusi laporan Harian Metro, Amyza meluahkan rasa syukur kerana suaminya sudah berada dalam keadaan stabil meskipun perlu mendapat pengawasan rapi daripada doktor.
Alhamdulillah, doktor beritahu keadaan suami stabil selepas sedar dari ditidurkan, dua hari lalu. Saya melawat suami di wad ICU semalam dan ketika nak beri dia minum serta buka alat bantuan pernafasan pun, keadaannya masih lagi lemah dan nak bercakap pun dia beritahu penat.
Selain masih memakai alat bantuan pernafasan, makan pun masih melalui tiub lagi.
Tambah Amyza, doktor memaklumkan suaminya ada masalah buah pinggang dan bukannya jantung.
Suami juga perlu sambung rawatan dialisis di hospital dan saya juga tidak tahu berapa lama lagi dia akan dirawat di ICU. Menurut doktor, ia juga bergantung kepada kekuatan diri suami juga untuk melawan penyakitnya itu. Jadi, saya memohon doa daripada semua agar suami segera sembuh.
Berbicara lebih lanjut, Amyza berterima kasih kepada rakan baiknya iaitu Didie Alias kerana membantu menjaga suaminya ketika dia terbabit dengan penggambaran sebelum ini.
Sumber: Harian Metro