Tular satu video di aplikasi X memaparkan seorang wanita yang dipercayai merupakan pelancong dari China dengan tanpa segan silu melepaskan hajat besarnya di hadapan sebuah homestay di Cameron Highland.
Artikel Berkaitan: ‘Lebih Teruk Dari Segala Binatang’ – Lepas Berak Di Pantai, Pelancong China Buat Hal Lagi
Selamba ja berak atas jalan
CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang wanita dipercayai pelancong dari China yang membuang air besar di pekarangan sebuah ‘homestay’ di Kea Farm di sini baru-baru ini mengundang kemarahan penduduk tempatan. pic.twitter.com/0NVBQcZ7KV
— @ (@anthraxxx781) January 2, 2024
Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat dua orang wanita sedang berjalan berhampiran homestay di Kea Farm sebelum salah seorang daripada mereka duduk mencangkung dan melepaskan hajatnya di atas jalan kawasan perumahan tersebut.
Dalam pada itu, kelihatan seorang rakannya menutup bahagian belakang wanita tersebut dengan sehelai selendang dan mengawasi keadaan sekeliling.
Bagaikan tiada perasaan malu, wanita berkenaan meninggalkan najis busuknya di atas jalan begitu sahaja sebelum berlalu pergi bagaikan tiada apa yang berlaku.
Video tersebut tentunya meraih perhatian wargamaya yang mengecam tindakan wanita tersebut dan menganggap perbuatannya itu sebagai tidak bermoral dan tidak bertamadun.
Respon netizen
Sumber: Aplikasi X