Penyampai radio, Fizi Ali menyangkal dakwaan bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri yang mendakwa dia tidak menunjukkan usaha untuk berjumpa dengan anak mereka, Ameena Sofia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shakilla Khoriri Bergegas Pulang, Dijemput Dengan Kereta BMW – ‘Minta Maaf Saya Ada Urusan Lain’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizi Ali Menangis Rindu Ameena, Sudah 2 Bulan Tak Jumpa – ‘Anak Layak Dapat Kasih Sayang Sama Rata’
Dihalang cikgu?
Ketika ditemui OhBulan! Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin, 37, berkata dia ada pergi ke sekolah Ameena, namun mendakwa dihalang oleh guru di sekolah anaknya itu.
Saya sudah pergi sekolah Ameena, tapi cikgunya tak benarkan untuk saya berjumpa. Kalau nak bagitahu macam-macam saya boleh dedahkan, tetapi saya tak mahu ganggu urusan mahkamah.
Kami ada berbincang sebelum ini, kalau tiada perbincangan mustahil selepas saya kahwin baru, masih dapat berjumpa dengan anak.
Mungkin sebelum ini tiada persetujuan di hadapan hakim, sebab itu dia sesuka hati nak ambil anak bila-bila masa sahaja. Inilah jalan paling tepat.
Fizi berkata demikian ketika ditemui sejurus prosiding Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Rabu.
Sementara itu, disoal mengapa tidak berkunjung ke rumah Shakilla untuk bertemu Ameena, Fizi menjawab dia tidak mahu dirinya didakwa sebagai penceroboh.
Saya boleh pergi berjumpa Ameena di lokasi itu, khuatir akan didakwa sebagai penceroboh.
Perkara ini boleh berbincang secara baik sebenarnya, tapi kalau memang dia mahu cara begini (hadanah), saya tiada masalah.
Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada bulan lalu.
Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.