Penyanyi Noh Salleh memberitahu dia enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung tuntutan ibu kandung Musa yang hanya ingin dikenali sebagai Athira.
Artikel Berkaitan: Noh Salleh Akur Keputusan Mahkamah, Serah Musa Kepada Mizz Nina – ‘Betapa Hancurnya Hati Saya’
Artikel Berkaitan: Noh Salleh Nafi Tuduhan Culik Anak Angkat, Harap Dapat Berdamai Dengan Mizz Nina
Saya sibuk sekarang
Sebelum ini, Athira menuntut Noh menarik balik kenyataan dan membuat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa iaitu anak angkat kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina, daripada media sosial dalam tempoh 24 jam.
Ujar Athira, Noh perlu memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan dalam kenyataannya di program Melodi baru-baru ini.
Berikutan daripada itu, Noh berkata, ‘Tak nak. Saya ‘busy’ sekarang’ secara ringkas menerusi laporan Harian Metro.
Menerusi temu bual yang disiarkan menerusi program hiburan itu, Noh mendakwa Athira memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati. Tambah Athira, dia mendakwa dirinya dimanipulasi oleh Noh.
Apa yang saya nak kongsikan di sini, saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan di atas kepentingan dia (Noh).
Saya juga kecewa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.
Disebabkan itu saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya di media.
Saya mahukan permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga.
Sumber: Harian Metro