Penyanyi dangdut, Amelina memberitahu kepada OhBulan! bahawa hubungannya dengan anak-anak bekas rakan duetnya iaitu Iwan Syahman berjalan dengan baik.
Artikel Berkaitan: Penganjur Puas Hati Konsert Milenia Dapat Sambutan, Lebih 1,000 Orang Banjiri Zepp Kuala Lumpur
Mengalir air mata saya
Amelina yang ditemui OhBulan! selepas selesai Konsert Milenia pada Sabtu lalu, berkata, banyak cerita tidak benar disebarkan sehingga membuat dia tersentuh ketika kemunculan semula dalam karier seni selepas agak lama menyepikan diri.
Saya banyak berinteraksi dengan Aprena dan Along (Wan Ramada Agus Putra) manakala, Angah (Oktovia Manrose) saya jarang-jarang jumpa dan tak pernah lagi terserempak. Sebelum ini, Aprena datang memperkenalkan diri dan saya terkejut kerana dia sudah dewasa.
Kiranya waktu saya kembali aktif, dia dah berlakon. Saya pula waktu itu umur dah 40 tahun, ketika dia datang perkenalkan diri. Aprena tanya sama ada saya kenal dia lagi? Tambah pula, dia perkenalkan diri sebagai ‘Baby’. Saya hairan kerana dia cantik sangat dan apabila diberitahu dia anak Iwan, saya terkejut kerana sudah dewasa.
Rasa suatu ketika dulu, saya pernah gendong dia masa masih kecil. Lagipun, dia yang paling bongsu. Waktu Aprena perkenalkan diri, meleleh airmata saya kerana terasa masa begitu cepat berlalu.
Tambah pelantun suara ‘Asyik’ ini, dia dan Iwan tidak mempunyai sebarang masalah dan mereka pernah bertembung ketika sama-sama terbabit dalam karnival jualan.
Saya pergi booth dia dan tegur perkenalkan diri. Dia terkejut dan mesra saja layan saya. Jadinya perhubungan kami tiada masalah. Macam saya ini, orangnya penuh dengan kasih sayang dan benda lama yang dah lalu, biarkanlah.
Ia ibarat takdir yang sudah diatur dan kita kena jalaninya tanpa rasa apa-apa. Tiada langsung perasaan negatif kerana dalam kehidupan pusing-pusing pun, akan jumpa juga. Di situlah Allah nak menguji kita sama ada masih marah atau sebaliknya dan saya tak pernah pun marah dengan Iwan.
Bercerita lebih lanjut, Amelina memuji didikan Iwan dan arwah bekas isterinya kerana mendidik anak-anak menghormati dan mengingati orang lain.
Ketika konsert, Amelina dilihat memilih Aprena sebagai penonton yang bertuah untuk menerima hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.