Seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan polis selepas didakwa mencabul tiga kanak-kanak bawah umur dalam satu kejadian di Jakarta Timur, Indonesia.
Tak sengaja terpegang alat sulit mangsa
Memetik laporan media Indonesia, penahanan itu dilakukan selepas tersebarnya satu video di media sosial. Menurut sumber, ketiga-tiga mangsa dikatakan datang ke kawasan rumah tertuduh untuk memetik bunga dan ketika itu, tertuduh dikatakan telah menggendong seorang demi seorang mangsa. Di situ, tertuduh didakwa mula melakukan perbuatan terkutuk itu secara bergilir-gilir.
Setelah itu, tertuduh membenarkan ketiga-tiga mangsa pulang malah sempat mengajak mereka kembali semula ke rumahnya untuk memetik bunga.
Bagaimanapun, semasa soal siasat dilakukan, tertuduh menafikan dakwaan tersebut dan mengaku tidak sengaja melakukan perbuatan itu. Dakwa tertuduh, kemungkinan tangannya terkena kemaluan mangsa ketika dia mendukung mangsa.
Saya melihat mereka mengambil bunga atas, jadi saya mengangkatnya dengan tangan kiri, kedua-dua tangan. Mungkin terkena tangan kanan saya, apabila saya menurunkannya.
Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun.
Sumber: Megapolitan Kompas, Detik News