Setiap kali menjelang bulan Ramadan pasti ada di antara kita yang buntu mencari lokasi dan hidangan yang menarik untuk berbuka puasa.
Artikel Berkaitan: Karl Shafek Bikin ‘Kerja Gila’! Buat Runway Terpanjang Jarak 800 Meter – ‘Semoga Jadi Penanda Aras Fesyen Tempatan’
200 menu!
Untuk Ramadan tahun ini, anda tidak perlu risau lagi kerana Maha Buffet 2024 yang bakal berlangsung pada 14 Mac hingga 8 April 2024 bermula 6.30 petang hingga 9.30 malam akan membawakan lebih 200 menu masakan kepada anda.
Maha Buffet 2024 sekali lagi menyaksikan gabungan Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen di mana menu yang bakal disajikan berkonsepkan street food di bawah satu bumbung.
Pesta makanan terbesar sepanjang bulan Ramadan ini bakal berlangsung di Dewan A Maeps, Serdang, Selangor yang mampu memuatkan 2,500 orang dalam satu masa sekali gus menjadi lebih mega berbanding tahun lalu.
Lebih menarik, Maha Buffet buat pertama kalinya memilih selebriti, Karl Shafek Ibrahim sebagai duta.
Karl Shafek yang juga sinonim dalam bidang masakan dan bekas peserta rancangan realiti Masterchef Malaysia meluahkan rasa syukur di atas pemilihan tersebut.
Pada mulanya saya agak terkejut dengan pemilihan ini tetapi saya sangat teruja kerana makanan dan masakan cukup dekat dengan diri saya.
Bagi saya ini adalah peluang terbaik untuk saya meneroka bidang kulinari dengan cara yang berbeza daripada biasa. Saya tidak sabar untuk bertemu semua tetamu di Maha Buffet 2024.
Karl berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Maha Buffet 2024 yang diadakan di Restoran Mak Kimbong, Bangi, Selangor pada Khamis.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah pemilik Restoran Mak Kimbong, Khairul Amilin Abdul Rahman dan pemilik Experiment Kitchen, Muhammad Hazim Yahaya.
Menurut Muhammad Hazim, pihaknya akan memastikan pelanggan berasa selesa dan berpuas hati dengan layanan yang bakal disajikan.
Kami merasakan sangat penting untuk tetamu dapat menikmati hidangan yang dimasak dan resipi oleh Karl Shafek sendiri kerana jarang peminat dapat merasa masakan artis kesayangan mereka.
Ruang dewan yang cukup besar juga bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain antaranya ruang mainan gergasi untuk kanak-kanak, ruang solat jemaah yang luas, game station percuma untuk remaja, gerai beli belah kelengkapan hari raya di Bazar Gadis, hari potong rambut barber percuma serta photobooth dengan kamera 360 yang boleh dijadikan kenangan terindah buat tetamu.
Kami sangat mementingkan keselesaan pelanggan terutamanya mereka yang ada anak kecil jadi kami harapkan ruang seperti Kids Playland akan membantu ibu bapa makan dengan tenang dan tidak perlu risaukan keselamatan anak-anak mereka.
Pelbagai aktiviti
Sementara itu, Khairul Amilin berkata, pelbagai hiburan bersesuaian turut diatur antaranya persembahan di pentas utama.
Pelanggan boleh merancang untuk menyambut hari lahir di situ serta pilihan untuk makan di tempat duduk VIP dengar kadar bayaran yang berpatutan.
Maha Buffet 2024 bakal menjadi lokasi himpunan makanan terbesar di Malaysia selain komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan menikmati pelbagai juadah istimewa.
Istimewa lagi Maha Buffet 2024 turut memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima pelbagai hadiah cabutan bertuah setiap hari antaranya barangan elektrik, voucher beli belah, tiket pemerbangan dan hadiah utama merupakan kereta mister yang akan diberikan pada minggu pertama Maha Buffet berlangsung.
Kami turut mengalu-alukan tajaan tuna dan infaq daripada individu mahupun pihak korporat yang akan digunakan untuk membawa anak-anak vatim, orang kurang bernasib baik serta badan kebajikan menikmati hidangan kami.
Tempahan untuk slot menikmati juadah di Maha Buffet kini dibuka dengan harga serendah RM49.90 ( kanak-kanak) dan RM89.90 ( dewasa).
Bagi harga tempat duduk VIP (pelbagai keistimewaan) adalah RM149.90 (dewasa) dan RM89.90 (kanak-kanak). Namun anda boleh berjimat sehingga RM10 lebih rendah daripada harga asal jika membuat tempahan awal sebelum 29 Februari 2024. Hubungi 017-3340319 untuk menempah slot anda sekarang!