Seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pelik yang dialaminya sepanjang mengadakan majlis perkahwinannya menerusi aplikasi X.
Artikel Berkaitan:Wanita Kongsi Kisah Berset*buh Dengan Jin – ‘Setiap Kali Nak Solat Kena Mandi Wajib, Badan Penuh Darah & Lebam’
Pelesit atas pelamin
Menurut wanita yang dikenali sebagai @izz_shaaaaa, antara peristiwa pelik yang dialaminya ialah makanan yang dihidang untuk tetamu secara tiba-tiba menjadi basi.
Bukan itu sahaja, pelamin perkahwinannya juga didatangi makhluk dipercayai pelesit sehari sebelum majlis pernikahannya.
Masa malam nikah aku, ada pelesit dekat pelamin aku. Tiba tiba gerimis sekejap. Lepas itu banyak lagi kejadian pelik masa malam nikah.
Esok itu bersanding, makanan jadi basi dan orang kampung ramai tak datang sangat sebab diorang kata mak ayah aku tak jemput padahal mak ayah aku pergi ajak diorang.
Pagi sanding tu aku gaduh besar dengan mak aku depan orang ramai. Kau rasa?
Tambah wanita itu, kenalan jauh kepada suaminya mendakwa kejadian yang berlaku itu disebabkan oleh santau yang dihantar dalam kalangan orang yang terdekat.
Lebih mengejutkan, individu yang menghantar santau itu juga dikatakan hadir sewaktu majlis penikahannya.
Kenalan suami dari jauh kata malam saya nikah tu ada orang hantar santau, dan katanya orang terdekat. Dia nak buat keluarga saya malu. Sebab itu makanan jadi basi.
Dan orang itu ada masa saya sanding dan nikah, sedih gila.
Di akhir ciapannya itu, wanita tersebut turut memaklumkan dirinya dan keluarga mengalami gejala cirit birit dipercayai disebabkan oleh perbuatan ilmu hitam tersebut.
Komen netizen
Sumber: Aplikasi X