Pelakon Ainul Aishah akhirnya memberitahu kepada umum bahawa dia sedang hamil cahaya mata sulung. Tahniah!
Artikel Berkaitan: ‘Budak-Budak Macam Ni Semua Kurang Ajar’ – Ainul Aishah Dedah Dibuli Staf Sendiri
Tak sabar nak jadi ibu
Menerusi posting di Instagram, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, berkata, dia dan suami sudah lama menanti kehadiran zuriat sulung dan tidak sabar untuk bergelar ibu dan ayah.
Saya dan suami teruja untuk berkongsi khabar gembira yang baru sahaja diterima. Saya sudah lama mahu menjadi seorang ibu tetapi tidak tahu sama ada mempunyai rezeki. Jadi, saya gembira dan bersyukur apabila mendapati saya hamil.
Tambah Ainul, dia memohon doa ramai agar dipermudahkan urusan sepanjang proses kehamilan.
Saya percaya dengan rancangan Allah untuk saya dan suami. Kami teruja menjadi ibu bapa dan tidak sabar bertemu anak sulung kami. Namun, buat masa sekarang harus tunggu dahulu. Semoga bayi kami dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat.
Tolong juga doa untuk saya lancarkan perjalanan kehamilan dan kelahiran kelak.
Pelakon filem ‘Nana Tanjung’ ini juga sempat berkongsi mengenai momen trimester pertama kehamilannya. Ujar Ainul, dia jarang keluar ruamh kerana kurang sihat setiap hari.
Menurut Ainul, pada masa tersebut dia mempunyai banyak koleksi gambar yang kurang cantik. Namun begitu, di trimester yang kedua, dia berjaya mengambil sekeping gambar bersama suami tercinta.
Foto kegemaran saya, nampak senyuman dan ‘baby bump’ ketika trimester yang kedua.
Sumber: Ainul Aishah