Pelakon meningkat naik, Alya Iman mendedahkan dia mempunyai masalah tidur (sleeping order) yang teruk sehinggakan pernah terlewat ke set lokasi penggambaran.
Artikel Berkaitan: Alya Iman Kebal Hadap Kecaman – ‘Pernah Juga Saya Duduk Menangis’
Security siap ‘call’ bomba
Menerusi potongan video yang dimuat naik @officialhlive di Instagram (IG), Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil memaklumkan dia pernah terlewat selama lima jam gara-gara terlajak tidur.
Sebenarnya perkara ini (terlajak tidur) akan berlaku sekurangnya-kurangnya sekali pada setiap penggambaran yang saya lakukan.
Masa itu saya lambat lima jam sebab saya tak sedar (terlajak tidur). Padahal waktu itu orang dah ketuk pintu saya bagai nak rak dan sampaikan mereka ingat saya dah mati.
Tambah pelakon berusia 23 tahun itu lagi, pihak keselamatan kawasan perumahannya juga pernah mendapatkan bantuan pihak bomba kerana risau perkara buruk berlaku kepadanya.
Waktu itu rumah saya tak ada orang, security dan management kawasan perumahan saya pula dah ketuk pintu rumah berkali-kali.
Management jadi risau dengan saya terus mereka telefon pihak bomba sebab risaukan saya.
Lepas itu bomba sampai dan buka pintu, saya terus macam, ‘Eh kenapa ni?’
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur mendengar perkongsian yang dikongsikan Alya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram officialhlive