Penerbit dan pelakon Fadzil Zahari berdepan detik cemas apabila anak perempuannya iaitu Aura Aisy Sofea mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas tersepit rim basikal.
Artikel Berkaitan: Yana Samsudin Hamil 6 Bulan, Masuk Hospital Beberapa Kali Sebab Alahan Teruk
Kaki masuk dalam rim
Menerusi posting di Instagram, Fadzil berkata, dia segera membawa Sofea ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan tiada kecederaan serius.
Kaki masuk dalam rim basikal. Saya berleter kepada dia (Sofea), awak nak jadistunt girl ke? Selesai pemeriksaan X-ray dan tidak ada bahagian yang patah jadi kami pulang semula ke rumah.
Suami kepada pelakon Yana Samsudin ini turut memberitahu dia perlu membawa anaknya ke hospital semula selepas terdapat jangkitan kuman pada kaki.
Selepas tiga hari, badan anak saya gatal-gatal ingatkan alahan ubat. Pukul 2 pagi saya membawanya semula ke hospital. Doktor kata luka tersebut terkena jangkitan kuman dan perlu dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan.
Menerusi perkongsian tersebut juga, kejadian itu dipercayai berlaku di kampung halaman isterinya di Yong Peng, Johor.
Menerusi pemerhatian OhBulan! Fadzil turut kelihatan menenangkan anaknya yang sedang menangis kesakitan dan memberi kata-kata semangat buat Sofea.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Fadzil Zahari