Tiada angin tiada ribut, penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz mendedahkan rumah tangga yang dibina dengan isterinya, Fara Roslan diuji dengan penceraian.
Artikel Berkaitan: Ippo Hafiz Tak Paksa Isteri Bertudung, Atas Kerelaan Sendiri – ‘Saya Sangat Bersyukur Dengan Nikmat Allah SWT ..’
Artikel Berkaitan: Layak Ke AJL35, Pengurus Siti Nurhaliza Dedah Insan Di Sebalik Kejayaan Lagu 7 Nasihat & Aku Bidadari Syurgamu
Bercerai?
Menurut Ippo, dia tidak menyangka apabila rumah tangga yang dibina sejak 2019 akan berakhir dengan perpisahan.
Kata Ippo, dia tidak pernah berkongsi mengenai masalah rumah tangga di media sosial demi menjaga aib dah kehormatan kedua-dua belah pihak.
Siapa yang nak diuji begini? Kalau tanya saya, saya pun tidak sangka, kami akan pergi sejauh ini. Sebagai seorang suami memang saya tak sangka saya akan lalui semua ini.
Ippo berkata demikian sejurus selesai prosiding sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, pagi Selasa.
Menyifatkan Ramadan kali ini antara yang paling mencabar, Ippo berkata dia mengharapkan yang terbaik dan memohon agar doanya didengari Allah.
Saya mohon agar semuanya dipermudahkan dan akan berjalan dengan lancar. Saya memang tak boleh berkongsi apa yang berlaku kerana ini membabitkan nama baik keluarga.
Dalam pada itu, Ippo berkata anak bongsunya kini berada di bawah jagaannya, manakala yang anak pertama bersama isterinya.
Anak kedua saya, Ibrahim bersama dengan saya dan anak sulung dengan dia. Jadi Ramadan saya bersama Ibrahim saja.
Tak boleh nak cakap perasaan ini macam mana, saya hanya boleh cakap, saya sayangkan keluarga saya
Pagi tadi, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, bagi sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.
Untuk rekod, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.