Gambar sekadar hiasan
Isu orang ketiga atau skandal antara topik hangat yang diperkatakan ketika ini terutamanya jika ia melibatkan selebriti atau pempengaruh media sosial.
Artikel Berkaitan: Ruhainies & Aliff Aziz Sekadar Kawan, Hanya 30 Minit Bukan 3 Jam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Pada Aliff Aziz – ‘Peluang Demi Peluang Sudah Diberikan’
Jangan ganggu perkahwinan orang lain
Menerusi temu bual oleh Keluarga, pakar motivasi dan kaunseling iaitu Hushim Salleh meluahkan pendapatnya berhubung isu berkenaan.
Menurutnya, isteri dan anak-anak akan menerima impak negatif berpunca daripada sikap suami yang curang.
Ia akan memberi kesan kepada isteri, kebanyakannya yang jumpa saya akan stres, emosi, mental dan juga kelihatan seolah-olah hidup ini satu ujian yang sangat dahsyat untuk mereka.
Itu akan menyebabkan mental isteri ‘koyak’ dan beri kesan kepada anak-anak.
Dalam pada itu, Hushim menerangkan bahawa hukum meruntuhkan perkahwinan pasangan suami dan isteri adalah berdosa di sisi Islam.
Dalam Islam memang berdosa kecuali suka sama suka, kahwin elok-elok tidak mengapa. Tapi jangan buat senyap-senyap, buat ‘projek’.
Kalau boleh janganlah kita porak-perandakan rumah tangga orang, Allah tak suka sebenarnya..dari segi hukum berdosa.
Sementara itu, beliau turut menitipkan nasihat agar setiap individu di luar sana tidak menjadi punca kepada keretakkan rumah tangga.
Saya dah banyak jumpa kes ini, Allah bayar tunai..jangan main-main dalam Islam kita ada kifarah.
Susahlah kita atas dunia..di akhirat.
Pesan saya, janganlah kita mengacau rumah tangga orang lain, carilah jodoh sendiri.
@keluarga.my ISU PENYONDOL! Buat orang ketiga, ingat pada kifarah dari Allah. #keluarga #orangketiga #hajihushim #orangketiga #isurumahtangga
Sumber: TikTok Keluarga.my