Di Instagram, penyampai radio Hot Fm, Fizi Ali berjanji akan memberi kebahagiaan buat anak perempuan tunggalnya iaitu Ameena Sofia walaupun tidak dapat menjaga kanak-kanak itu setiap masa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Paksa Saya Panjangkan Hal Ini & Buka Pekung Semua Terlibat’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Ralat Majlis Diceroboh ‘Orang Luar’, Minta Beri Ruang & Masa – ‘Ada Hati Kecil Yang Perlu Saya Jaga’
Kita tak banyak masa bersama
Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, dia akan membuat anaknya itu berasa bahagia setiap kali bersamanya.
Untuk anakku Ameena Sofia, betul kita tak banyak masa bersama. Daddy tak dapat bagi 100 peratus masa dengan awak. Daddy takdapat bagi macam ayah orang lain bagi dekat anak mereka. Tapi daddy janji setiap kali kita jumpa, daddy akan buat awak manusia paling bahagia dalam dunia.
Selain memuat naik kapsyen, Fizi turut berkongsi video yang memaparkan momen-momen manis ketika bersama Ameena. Ujar Fizi, video tersebut boleh dijadikan kenangan apabila Ameena sudah besar nanti. Tambah Fizi, video dan kapsyen itu juga dibuat bersempena hari ulang tahun kelahiran Ameena yang kelima.
Dalam pada itu, Fizi juga tidak kisah jika ada pihak melihat luahannya itu sebagai cubaan mahu merebut Ameena daripada bekas isterinya, Shakilla Khoriri.
Insya-Allah daddy akan buat yang terbaik untuk awak. Mungkin ada mulut-mulut akan cakap daddy ini bapa ‘terpaling’ konon nak rebut awak. Daddy tak kisah, janji satu hari nanti bila daddy dah tiada ada, awak tengok balik semua video-video ini. Khas untuk awak sayang. Daddy sayang awak. Kami semua sayang awak.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Fizi Ali