Pendakwah dan pempengaruh Islamik yang dikenali sebagai Aizuddin Hamid memberi penjelasan mengenai hukum pasangan suami isteri yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zulin Aziz Teringin Timang Anak Kembar – ‘Doakan Tau, Saya & Suami Masih Berusaha’
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Teruja Sambut Lebaran Kali Pertama Sebagai Isteri & Ibu – ‘Paling Saya Excited Adalah Salam Di Pagi Raya’
Hukum tak mahu ada anak?
Menerusi perkongsian di TikTok, Aizudin berkata tidak salah untuk pasangan suami isteri membuat perancangan mengenai zuriat, bagaimanapun tidak boleh melawan perancangan yang sudah ditentukan Allah.
Menurutnya, anak merupakan rezeki yang diberikan Sang Pencipta dan sama sekali tidak boleh menolaknya.
Apa hukum kahwin tetapi tidak mahu ada anak dulu? Ini lebih kepada perancangan keluarga. Yang penting sudah halalkan hubungan dengan isteri.
Maka terpulanglah nak buat perancangan mungkin setahun atau dua tahun kemudian baru nak ada anak atau sebagainya.
Walaupun bagaimanapun, itu hanya perancangan. Boleh jadi Allah ada rancangan yang lebih untuk kamu. Boleh jadi juga dalam beberapa bulan selepas perkahwinan sudah mengandung.
Maka bila sudah ada rezeki dapat cahaya mata itu, jangan kamu tolak rezeki itu. Sebab kita manusia hanya merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
Dalam perkongsian sama, Aizudin turut mengatakan Baginda Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya melahirkan ramai zuriat dan memiliki keturunan untuk menyambung perjuangan dakwah Islam.
Bahkan sunnah dalam perkahwinan itu sendiri, Rasullullah mahu galakkan kita ada lebih ramai anak. Supaya ramai yang beriman kepada Allah dan menyebarkan lagi agama serta usaha dakwah.
Sebab itu perlu ada keturunan untuk menyambung tugas perjuangan dakwah Nabi Muhammad di muka bumi ini.
Video
@aizuddinhamiid Masa kahwin tapi awal2 ni tak nak anak dulu, nak berdua2 dengan isteri dulu ok tak? ? #aizuddinhamid #tarbiahsentap #tiktokguru ? original sound – Aizuddin Hamid
Sumber: TikTok