Pelakon Farouk Hussain memaklumkan tahap kesihatan aktor dan penyanyi popular era 70-an, Datuk Hail Amir ketika ini agak kritikal.
Artikel Berkaitan: Meriahkan Hari Raya Dengan Dikir Stail
Kritikal
Ketika dihubungi OhBulan! Farouk berkata dia ada melawat Hail atau nama lengkapnya Abdul Hail Amir, 76, di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
Saya pergi melawat semalam, keadaan Datuk agak kritikal. Dia dah tak kenal orang. Tak dapat nak bercakap.
Nanti kalau ada masa, pergi lah melawat. Saya nak ambil gambar, tetapi anak dan isteri Datuk tak izinkan sebab untuk privasi.
Dalam pada itu, Farouk memberitahu penyanyi tersebut sedang menderita sakit buah pinggang.
Katanya ada masalah buah pinggang dan beberapa komplikasi lain. Sama-sama kita semua doakan kesembuhan Datuk.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Hail Amir dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami masalah batuk berterusan, sejak Sabtu.
Video
View this post on Instagram