Ramai rakan-rakan seindustri menzahirkan sokongan terhadap pelakon dan penyanyi iaitu Bella Astillah susulan ujian berat yang dihadapi selepas suaminya, Aliff Aziz didakwa curang berkali-kali sepanjang perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty ‘Sekolahkan’ Ruhainies – ‘Tiada Perikemanusian, Biadap Perangai Bawa Balik Suami Kawan Ke Rumah Berkali-Kali’
Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Jumpa Kekasih Azri Iskandar Berstatus Datuk, Doa Agar Urusan Kahwin Dipermudahkan
Kata-kata semangat buat Bella
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Ellie atau nama penuhnya Ellie Suriaty Omar berkongsi momen bersama rakan-rakan artis antaranya Bella Astillah, Rozita Che Wan, Erma Fatima dan Datuk Ziela Jalil yang dilihat berada di kediaman Datin Seri Umie Aida.
Namun yang menarik perhatian adalah kapsyen pada hantaran tersebut iaitu coretan yang ditulis oleh aktres itu kepada Bella.
Segalanya adalah resam hidup. Tiada duka yang abadi demi sebuah kehidupan yang lebih membahagiakan untukmu Bella Astillah.
Maka luka itu harus diubati adik sayang. Allah SWT maha segala.
Kami di sini for you adik. Senda gurau sahabat handai, abang, kakak-kakak mu dalam dunia industri kreatif bersamamu. Bella tidak sendiri, adik sayang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dengan kata-kata semangat dan sokongan yang diberi Ellie kepada Bella. Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar Bella dapat menjalani dugaan tersebut dengan baik.
Sebak baca ayat-ayat Ellie. Teruskan hidup kehadapan ya Bella. Jangan mundur-mundur, be strong. Bestnya ramai yang sayang, syukur.
Banyak yang sayang Bella. Alhamdullilah, kalau kita baik ramai yang sayang.
Sebaknya baca curahan hati Ellie. Tengok Bella senyum tu pun menyiksa jiwa, sebab nampak dalam diri dia banyak menyimpan kesedihan, mamanya juga sama.
Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.
Bella kemudian memfailkan perceraian pada 13 Mac lalu selepas Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah.
Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Sumber: IG Ellie Suriaty