Penyanyi dan pelakon popular era 70-an, Datuk Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 3.48 petang tadi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farouk Hussain Kongsi Keadaan Terkini Hail Amir – ‘Agak Kritikal, Saya Pergi Melawat Di Hospital Dia Dah Tak Kenal Orang’
‘Pergi dengan tenang’
Berita pemergian arwah disahkan sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Lutfi ketika dihubungi OhBulan!.
Betul, ayah sudah pergi meninggalkan dunia kira-kira jam 3.48 petang. Arwah pergi dengan tenang sahaja. Arwah ada masalah jantung.
Sama-sama kita semua hadiahkan al-Fatihah untuk arwah dan semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman.
Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba itu dilaporkan telah menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru di HKL, sejak Sabtu.
Sebelum ini, pelakon Farouk Hussain turut memaklumkan arwah dalam keadaan tenat dan tidak mampu untuk bercakap.