Pempengaruh dan pelakon baharu, Aizat Saha meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang untuk membuat kemunculan pertama menerusi drama berjudul Racun Rihana.
Artikel Berkaitan: Semakin Dikenali, Aizat Saha Dah Ready Bila Peminat Ajak Bergambar Di Hari Raya
Artikel Berkaitan: Aizat Saha Berhenti Jadi Pramugara, Mahu Fokus Berlakon & Bisnes Jenama Pakaian Heetam Puteh
Impian muncul di TV
Aizat yang membawakan watak bernama Ray dalam drama tersebut berkata, dia tidak berfikir panjang dan terus bersetuju ketika ‘dilamar’ oleh rumah produksi Zeel Production.
Malah, dia menganggap peluang yang diberikan kepadanya itu seperti mimpi menjadi realiti.
Saya amat bersyukur dan menganggap rezeki ini datang atas hasil doa saya dan juga
orang-orang terdekat. Saya mengimpikan untuk berada di kaca TV dari dahulu lagi.Saya mengikuti setiap yang dinasihatkan dengan bermula dari biasa dahulu seperti melakonkan watak di TVC (iklan) dan menjadi pelakon tambahan.
Perkara begini mengajar saya sedikit sebanyak tentang cara hidup dalam industri hiburan.
Melanjutkan bicara, bekas pramugara itu berharap orang ramai dapat menyambut baik kehadirannya dalam dunia lakonan.
Saya mengikuti setiap yang dinasihatkan dengan mula dari biasa dahulu seperti melakonkan watak di TVC (iklan) dan menjadi pelakon tambahan. Perkara begini mengajar saya
sedikit sebanyak tentang cara hidup dalam industri hiburan.Doa saya agar orang ramai terus menyokong karier saya sebagai anak seni dan saya juga akan terus menghasilkan karya yang terbaik.
Drama Racun Rihana dibarisi pelakon Datin Intan Najuwa, Rita Rudaini, Azah Aziz, Jasmine Suraya sebagai tunggak utama dan turut dibintangi beberapa pelakon lain.
Drama tersebut sudah mula ditayangkan sejak 30 April lalu di TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam.