Penyanyi rap kelahiran Singapura, Alyph meluahkan rasa hairan apabila timbul dakwaan bertatu di lengan dan menganggap isu ini sebagai perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Alyph Kongsi Nasihat Arwah Ibu – ‘Maafkan Orang Walau Apa Pun Dia Buat Dekat Kita’
Artikel berkaitan: ‘Muzik Saya Tak Ada Pasport’ – Alyph
Terpulang nak buat andaian
Memetik laporan Harian Metro, Alyph, 33, berkata dia tidak ‘aware’ lengannya menjadi perhatian netizen gara-gara sering memakai baju lengan panjang.
Saya sendiri tidak ‘aware’ ada tular di media sosial mengenai lengan saya ini. Mungkin kerana saya sering menutup bahagian lengan sehingga timbul cerita begini.
Malah, saya sendiri tak sedar jika saya ada tatu. Mungkin kena periksa semula jika benar saya ada tatu.
Bagi saya isu ini begitu kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Terpulang kepada mereka untuk membuat andaian sendiri.
Terdahulu, tular video pesanan arwah ibu Alyph yang menasihatinya agar dia sentiasa memaafkan orang lain dan tidak menyimpan sebarang dendam.
Menurut pemilik nama Muhammad Alif Abdullah ini, sebagai seorang manusia kita tidak perlu membalas perbuatan orang lain dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Sumber: Harian Metro