Viral sebuah rakaman video yang memaparkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah menitipkan ucapan yang paling menyayat hati buat teman lelaki adiknya iaitu Diniey Ng, sempena ulang tahun kelahiran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Kalau Merajuk Sekejap Sangat, Bagi Bunga Terus Okay’ – Bella Astillah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati’ – Bella Astillah
Tak nak adik lalui benda yang sama
Menerusi rakaman video berdurasi 0:28 saat itu, Bella berkata, dia tidak mahu adik-adiknya mengalami kegagalan dalam rumah tangga seandainya mereka berkahwin nanti. Oleh sebab itu, Bella berharap Diniey setia, sayang dan hormat keluarganya.
Cuma kak long harap jangan sebelum kahwin je lah dan jangan pernah berubah sebab cukuplah kak long je gagal dalam perkahwinan. Kak long tak nak adik kak long lalui benda yang sama.
Diniey, kak long tak pernah minta Diniey untuk jadi orang terpaling kaya ke, cukup setia, sayang dan hormat keluarga kak long itu.
Kak long doakan Diniey berjaya dunia akhirat dan sentiasa dipanjangkan umur InsyaAllah.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak sebaik sahaja mendengar ucapan Bella.
Video
@ngdiniey I feel so lucky to have you guys in my life. Terima kasih semua ???
Sumber: TikTok