Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli memberitahu dia sangat mengawal berat badannya agar tidak melebihi limitasi yang ditetapkan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Salahkan Penyondol’ – Amyra Rosli Salahkan Lelaki Punca Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga
Artikel Berkaitan: ‘Macam Mana Satu Bidang Tanah Boleh Ada 2 Geran Berbeza?’ – Amar Baharin
Kawal berat badan
Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 33, dia perlu mengekalkan berat badan yang ideal untuk mendapatkan stamina bagi memudahkannya melakukan kerjaya seni.
Saya ada limit yang saya letak pada berat badan. Berat limit saya 45kg, kalau saya rasa seluar jeans dah tak muat, dah menuju ke 47kg kemudian saya akan berpuasa. Sekarang berat saya 43kg.
Terus terang saya makan semua benda, tidak ada pantang larang. Tetapi saya kawal kuantiti makanan dan tidak berapa minum ais.
Saya bukan kata pentingkan sangat gemuk atau kurus, tetapi nak jaga stamina untuk lakonan dan pengacaraan. Sebab kalau minum ais boleh ganggu suara.
Amyra berkongsi mengenai perkara itu menerusi video di TikTok Mingguan Wanita.
Dalam pada itu, isteri kepada aktor Amar Baharin ini berkata pengambilan makanan yang sihat dalam kuantiti yang berpatutan antara rahsia dia dapat mengawal berat badannya.
Selain kuantiti makanan, saya juga elak makan benda yang manis dan berminyak. Saya tidak suka yang berminyak, mungkin sebab itu juga saya boleh kekalkan berat badan.
Itu lah jawapan saya kalau orang tanya macam mana jaga badan. Kalau nak mula seminggu dua minggu memang susah, kena buat dari awal.
Sumber: TikTok