Penyanyi Zizi Kirana berkongsi mengenai pengalamannya semasa menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama lima hari, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Mati Pun Kalau Tak Minum’ – Zizi Kirana ‘Support’ Produk Tempatan
Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Dapat Izin Suami Untuk Sertai Misi Kemanusiaan
Sedih nampak semua depan mata
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Zizi berkata, dia menyertai misi tersebut pada bulan Ramadan yang lalu. Sepanjang misi tersebut, pelantun suara ‘Eh’ ini mengakui banyak perkara yang terjadi dan membuka matanya untuk lebih bersyukur.
Kalau tengok di Syria, sama saja seperti di Palestin, cuma mereka tidak mendapat banyak pendedahan kerana berita mereka banyak disekat oleh pihak media di sana.
Jadi kita kurang tahu dan bila saya dan pihak Cinta Syria Malaysia sampai di sana, saya nampak hidup mereka memang susah.
Mereka tinggal dalam khemah yang kecil. Tilam pun sudah lusuh, bantal pun tiada. Memang sedih nampak semua di depan mata.
Paling sedih apabila lihat di depan mata, mereka menjemur roti dan nasi di bawah cahaya matahari.
Tambah Zizi, dia berasa sedih melihat kanak-kanak di sana yang kebuluran dan tidak mendapat bekalan makanan yang secukupnya.
Mereka jemur dan keringkan supaya tiada fungus dan tidak basi, boleh dimakan berkali-kali. Kita di sini makan sedap-sedap, bila tak habis siap buang lagi.
Mereka di sana sangat menghargai makanan sampai begitu sekali. Kehidupan kita jauh berbeza dengan kita, mereka susah tapi mereka gembira dan tidak meminta-minta.
Zizi yang ditemui pada Malam Bersamamu Rafah di Glam Hall Damansara, baru-baru ini, turut memberitahu dia tidak keberatan sekiranya diberikan peluang untuk menyertai misi kemanusiaan lagi dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Ujar Zizi, dia bersyukur suaminya, Yusuf Bahrin sangat menyokong dan tidak menyekatnya untuk berbuat demikian.