Pelakon dan model Thanuja Ananthan mengaku sedang mengenali seorang jejaka berasal dari London, pada masa ini.
Artikel Berkaitan: Amalan Petua Kecantikan Dari Ratu Cantik Thanuja
Dah kenal 8 bulan
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Bekas Miss World Malaysia 2009 ini memberitahu dia dalam fasa mengenali hati buti lelaki tersebut. Mereka sudah berkenalan sejak lapan bulan yang lalu. Tambah Thanuja, mereka kenal melalui kawan-kawan.
Ya, saya ada seorang yang special dalam hidup saya sekarang ini. Saya sedang mengenali dia. Saya sangat gembira dan kita lihat nanti macam mana dalam tempoh setahun dua ini.
Kami berkenalan sejak lapan bulan yang lalu dan dia berasal dari London. Saya kenal dia melalui kawan-kawan. Kami ada perancangan untuk masa hadapan.
Disoal mengenai kriteria yang membuatkan dia tertarik dengan lelaki itu, Thanuja secara ringkas menjawab dia suka lelaki yang boleh memahami dan menerima dirinya.
Saya suka dia sebab dia faham kerja saya. Pada masa yang sama, dia sangat memberi sokongan dan pencinta haiwan seperti saya. Dia faham saya. Tambahan saya sejenis yang open minded dan lantang bersuara. Bukan semua orang boleh terima wanita seperti ini.
Berbicara lebih lanjut, Thanuja memberitahu lelaki itu lapan tahun lebih berusia daripadanya.
Sebenarnya dia dah pencen dan menetap di Malaysia. Kami rajin melancong bersama-sama seandainya jadual saya tidak sibuk.
Diusik mengapa tidak memilih jejaka dari Malaysia untuk dijadikan teman hidup, Thanuja berkata, kebanyakan jejaka Malaysia takut untuk mendekatinya kerana ketinggian yang dimiliki.
Saya ni sukar untuk dating dengan lelaki dekat sini (Malaysia) sebab mereka tak berani. Saya terlalu tinggi. Sebenarnya saya tak memilih, saya okay sahaja asalkan value dan mentaliti kami sama.
Di akhir temu bual, Thanuja yang ditemui pada Malam Gala Filem PADU, semalam turut berharap hubungan yang terjalin ini akan membawa mereka ke fasa seterusnya tidak lama lagi.