Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam berkongsi momen meraikan hari jadinya dan ulang tahun perkahwinan ke-11 bersama isteri tersayang, Nurnafilah Waharudin pada 2 Jun.
Ucapan romantis Izzue buat Awin
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Izzue atau nama lengkapnya Muhammad Izzul Islam Mazlan di laman Instagram, memaparkan dia dan isteri meraikan sambutan tersebut secara kecil-kecilan sambil memotong kek.
Sementara di ruangan kapsyen, Izzue menitipkan kata-kata romantis dengan menyatakan bahawa isterinya itu merupakan individu pertama yang menjadi keutamaan dalam hidupnya.
Tak kisah berapa hari, bulan, atau tahun kita bersama, awak tetap jadi orang yang pertama saya nak tengok setiap hari,
Perkongsian itu telah meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan tersebut.
Malah tidak kurang juga ada yang beranggapan bahawa Izzue dan Nurin merupakan pasangan yang patut dijadikan contoh kepada pasangan suami isteri lain.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Izzue Islam