Pengacara, Ira Mohd Amin meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Saif Zairil, 11, yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) dibenarkan pulang ke rumah, semalam.
Artikel Berkaitan: Keadaan Sheeda Masih Tak Stabil Selepas Pemergiaan Anak Ketiga Akibat Kanser Hati – ‘Mama Sangat Rindu Alin’
Selepas 28 hari
Menerusi sebuah video di Instagram, Ira berkongsi momen di mana Saif dibenarkan pulang selepas 28 hari menerima rawatan di hospital. Difahamkan, Saif berada di hospital sejak awal Mei lalu.
Selepas 28 hari di hospital, abang Saif akhirnya kembali ke rumah. Rindu semua adik-adik. Terima kasih pada semua doktor dan jururawat yang jaga Saif hampir sebulan. Respect dengan mereka.
Menjaga anak-anak hematology bukan perkara mudah. Mental dan fizikal kena kuat.
Tambah Ira, ia merupakan cabaran baharu yang perlu ditempuhinya dan keluarga agar Saif kembali sembuh semula. Pada masa yang sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan persekitaran Saif selepas pulang ke rumah.
As much as happy Abang dah balik rumah, now new challenge begins. The battle is not over yet, we still need to fight this ‘L’ and let it be gone for good. Mula lah 6 bulan treatment back and forth to the hospital 4 to 5 times a week.
Yang merisaukan how to keep Saif safe and sound, tak jatuh sakit dan tak terjangkit dengan apa-apa infection? Tak senang duduk Mama dab Baba setiap saat. Ya Allah, permudahkan perjalanan Saif ini, berikanlah keajaiban dan hilangkanlah penyakit ini dari tubuh anakku.
Terdahulu, Ira dan suami memberitahu anaknya sudah menjalani rawatan kemoterapi. Bukan itu sahaja, Ira turut berkongsi momen di mana suaminya turut membotakkan kepala sebagai tanda sokongan terhadap Saif.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Ira Mohd Amin