Setiap pasangan yang berkahwin mesti mahu dikurniakan zuriat. Namun, bagi sesetengah pasangan, perjalanan ini penuh dengan cabaran dan penantian yang panjang.
Kisah inspirasi Puan Rohaiza dan Puan Salis membuktikan bahawa dengan kesabaran, usaha berterusan, dan sedikit bantuan dari produk yang tepat, impian menjadi ibu bapa akhirnya dapat direalisasikan.
Ha, korang mesti nak tahu produk apa kan? Tapi sebelum tu, jom min kongsi dulu kisah perjalanan mereka setelah bertahun-tahun menantikan zuriat pertama.
9 tahun menanti, susu Efferty bantu Puan Rohaiza capai impian
Puan Rohaiza dan suaminya Hadari berasal dari Selangor dan telah berkahwin hampir 10 tahun. Selepas penantian selama 9 tahun, mereka akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan yang comel, Nour Dalily binti Hadari. Namun, perjalanan mereka bukanlah mudah.
Dua tahun selepas berkahwin, Puan Rohaiza didiagnosis dengan fibroid. Beliau terus mendapatkan rawatan dari pakar ginekologi dan menjalani pembedahan di PPUM pada tahun 2016 untuk buang fibroid tersebut. Selepas pembedahan, beliau mengandung pada tahun 2020, tetapi kandungan gugur pada minggu ke-9.
Satu hari, Puan Rohaiza terlihat di Facebook tentang seorang kawannya yang juga mengalami kesukaran hamil tapi sekarang dah mempunyai anak.
Rakan tersebut memperkenalkan Puan Rohaiza kepada susu Efferty. Puan Rohaiza mencuba perisa Coklat dan kemudian perisa Taro selama 3 bulan, sambil menjaga gaya hidup sihat dan mengikut tips dari Dr Rai. Alhamdulillah, selepas semua usaha ini, Puan Rohaiza akhirnya hamil.
Penantian 14 tahun Puan Salis kini membuahkan hasil!
Puan Salis menunggu selama 14 tahun untuk mendapatkan anak pertama. Beliau mendengar tentang susu Efferty melalui Facebook dan tertarik dengan banyak testimoni positif.
Sebelum mencuba susu Efferty, Puan Salis telah mencuba pelbagai cara, termasuk urutan dan rawatan dari ustaz, namun tidak berjaya.
Setelah minum susu Efferty selama 12 kotak, beliau akhirnya melihat dua garis pada ujian kehamilan. Puan Salis sangat bersyukur kerana susu Efferty membantu menghentikan masalah period yang berterusan selama 6 bulan dan akhirnya membantu beliau hamil.
Korang pun nak cuba capai impian menjadi ibu? Susu Efferty ini boleh bantu!
Kalau korang nak tahu, susu Efferty ni memang kaya dengan multivitamin dan multimineral. Ia memang bagus untuk membantu korang untuk mencapai impian untuk hamil.
Bukan itu saja, ada 3 pilihan perisa yang korang boleh pilih. Antaranya adalah perisa coklat, madu kurma dan strawberry. Sedap pulak tu!
Jadi, buat pasangan di luar sana yang tengah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tu, bolehlah cuba susu Efferty ni. Mana tau, dengan izin Allah, korang pun dapat merasa nikmat jadi ibu dan juga ayah.
Untuk lebih banyak tips dan panduan, korang boleh layari ikhtiarhamil.com. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk susu Efferty dan cara nak dapatkan, korang boleh klik SINI.
Ingat, dalam usaha untuk hamil, yang penting adalah kesabaran, doa, dan usaha yang berterusan. Semoga semua yang berusaha diberi rezeki oleh Allah.