Pelakon versatil, Datin Marlia Musa berkongsi tentang keperibadian suaminya yang juga maestro negara, Datuk M. Nasir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Ada Buku Yang Boleh Beritahu Kita Bahawa Ini Adalah Panduan Kebahagiaan Rumah Tangga’ – Marlia Musa
Artikel Berkaitan: Belum Mahu Bersara, M.Nasir Teruja Hasilkan Karya Seni – ‘Itu Nikmat Yang Orang Lain Tak Dapat, Susah Untuk Berhenti’
Utamakan keluarga
@mingguanwanita Figura seorang bapa Dato M.Nasir dari perspektf isterinya, Datin Marlia Musa. Agaknya, Dato M. Nasir ni garang tak dengan anak-anak? #mingguanwanita
Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Marlia menafikan persepsi segelintir pihak yang mendakwa M.Nasir adalah seorang yang serius dan sukar untuk didekati.
Ramai orang sangka dia seorang yang garang, serius dan ada yang kata dia tak berbual, katanya ‘man of few words’.
Tetapi tidak, kalau begitu takkan lah saya berada di dalam perkahwinan ini selama 24 tahun.
Dalam beberapa tahun ini saya rasa pihak media pun nampak, bukan sukar untuk mendekati beliau tapi awak mesti tahu apa yang awak mahukan..nak tanya atau berbual dengan dia tentang apa. Jadi dia bukanlah ‘a difficult person’.
Menurut pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu, komposer terkenal tersebut mempunyai sikap yang prihatin dan sering mengutamakan keluarga dalam setiap hal.
Kalau saya keluar dia mesti akan tanya pergi ke mana, seronok atau tidak, buat apa atau berbual apa dengan kawan-kawan.
Sama juga bila dengan anak-anak, dia selalu nak tahu apa yang mereka buat dan bagaimana hari mereka. Ada anak yang senang untuk bercerita dan ada yang tidak, tetapi sebagai ayah dia tidak pernah melihat benda itu menghadkan komunikasinya dengan anak-anak.
Dia selalu nak tahu, bila anak berkongsi cerita. Saya rasa itu satu benda yang bagus.
Dalam masa yang sama, aktres berusia 55 tahun tersebut mengagumi figura seorang bapa yang ditonjolkan oleh pelantun lagu Apokalips itu kerana ia telah memberi kesan yang besar di dalam kehidupannya.
Saya sendiri kehilangan bapa semasa berusia 10 tahun, kenangan dengan arwah masih ada tapi ketika membesar saya rasa kekosongan. Jadi bila saya melihat bagaimana Datuk bersama dengan keluarga, saya berasa beruntung walaupun saya tak punya bapa tapi hari ini saya lihat bagaimana seorang ayah menyayangi anak-anak.
Ini satu sisi yang orang tak nampak, tapi dalam keluarga kami tahu dia bagaimana.
Untuk info, Marlia dan M.Nasir mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan.
Terdahulu, M.Nasir pernah mendirikan rumah tangga bersama Junaidah dan dikurniakan lima orang anak sebelum suri hatinya itu meninggal dunia pada 1998.
Sumber: TikTok Mingguan Wanita