Pelakon Puteri Sarah mendedahkan hampit menjadi mangsa penipuan oleh seorang individu yang menyamar sebagai pelakon, Nadia Brian.
Artikel Berkaitan:Jadi Inspektor Dalam Drama Polis Peronda, Puteri Sarah Pergi Gym & Sertai Kickboxing
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Tak Ambil Pemandu, Sanggup Hantar Anak-Anak Ke Sekolah – ‘Itu Adalah Nyawa Aku, Tak Boleh Kalau Jadi Apa-Apa’
Ditawar RM15k?
Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata individu tidak bertanggungjawab itu menawarkannya menjadi ‘peneman’ seorang lelaki berstatus Datuk dengan bayaran RM15,000.
Saya dapat mesej daripada ‘Nadia’ ketika berada di set penggambaran. Orang tu tawar saya jadi ‘escort’, mentang-mentang lah saya dah janda.
Pagi-pagi nombor tu hubungi saya dan cara bercakap memang sama macam Nadia. Dia tanya saya buat apa, pukul habis ‘shooting’. Dia meminta saya berjumpa seseorang dikenali sebagai Datuk Shahrul dari Johor Bharu pada jam 10 malam. Saya pelik, saya ingatkan orang tu penerbit baru ke, nak tawarkan saya kerja.
Selepas itu dia cakap, foto dan video dilarang. Dia cakap jumpa untuk teman Datuk tu minum kopi, bayaran RM15,000. Saya terus cakap dekat dia yang saya tak buat ‘kerja’ macam itu.
Musykil dengan tawaran tersebut, Puteri Sarah bertindak menghubungi Nadia untuk mendapatkan kepastian dan ternyata individu tersebut adalah ‘scammer’.
Masa itu saya tak tahu dan tidak periksa betul-betul nombor tersebut sebab dia menggunakan gambar Nadia.
Saya tanya sama ada dia ada nombor telefon berbeza dan dia jawab tak ada. Saya beritahu lah pasal orang guna nombor dan menyamar jadi dia.
Tambah Puteri Sarah lagi, dia terus membuat laporan polis memandangkan ketika itu dia berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk penggambaran drama Polis Peronda.
Selain Puteri Sarah, drama Polis Peronda turut menampilkan Shah Iskandar, Raja Afiq, Ramona Zam Zam, Soffwany Yusoff dan ramai lagi.
Drama terbitan Skop Productions itu akan ditayangkan di TV3 bermula pada 28 Jun sempenaulang tahun ke-40 stesen TV berkenaan.