Ibu kepada pelakon dan usahawan, Betty Rahmad iaitu Asmah Mohd Ali berkongsi tentang kisah anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Perjelas Sebab ‘Offer’ KJ Berlakon Drama – ‘Dia Ada Ciri Lelaki Melayu Terakhir’
Artikel Berkaitan: Umie Aida Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah, Selalu Paksa Diri Cari Ilmu Allah – ‘Kena Ada Usaha, Jangan Berdoa Sahaja’
Kenakalan ketika kecil
@bettyrahmadali Saya anak paling baik?
? original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen – Betty Rahmad | Sambal Queen
Menerusi video yang dimuat naik Betty di TikTok, Asmah mengenang kembali momen bersama anak-anaknya ketika zaman kanak-kanak dan remaja mereka.
Menurut wanita berusia 76 tahun itu, pengarah terkenal Erma Fatima ketika kecil dahulu berkelakuan nakal dengan meletakkan tepung di seluruh badan adiknya kerana berkulit gelap.
Dia masa kecil dahulu terlampau cerdik, dia pandai lebih. Saya ingat lagi, adik dia hitam kemudian dia ‘mandikan’ dengan tepung gandum.
Masa itu umur dia dalam empat tahun. Bila tanya dia kenapa, dia kata ‘dia ni (adik) hitam, saya nak bagi dia putih’.
Bercerita lanjut, ibunda tercinta mereka mendedahkan pelakon Datin Seri Umie Aida pernah bergaduh dengan abangnya dan dikatakan memiliki sifat yang agak kasar berbanding Erma.
Umie Aida ada kepala angin dia. Kalau abang dia kacau, dia boleh bersilat dan bantai. Dia pernah tarik abang dia celup dalam kuah asam pedas, habis terbalik lauk-pauk..masa itu dia remaja.
Sementara itu, Asmah berkata Betty pula tidak memiliki tingkah laku yang nakal malah dia sangat disayangi oleh pembantu rumah.
Betty ni dia tak ada buat apa-apa. Orang gaji saya dulu sayang pada dia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati mendengar perkongsian tersebut dan mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Sumber: TikTok Betty Rahmad