Penyanyi Kozae menyuarakan rasa ngeri apabila menerima direct message (DM) berbaur nakal di akaun Instagramnya, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Bagi Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza Layak Diiktiraf, Dia Pakar Dalam Bidang Seni’ – Azharina
Artikel Berkaitan; ‘Setiap Manusia Ada Ujian & Fasa Naik Turun Dalam Kehidupan, Apa Yang Penting Kita Perlu Positif’ – Azharina Azhar
Nak bayar RM800
Menurut Kozae, dia baru sahaja tiba di Kuala Lumpur, beberapa hari yang lalu bagi menjayakan majlis pelancaran lagu baharunya iaitu ‘Realiti’ bersama penyanyi, Azharina Azhar di Sunway Putra Mall.
Ujar Kozae, tatkala dirinya sedang sibuk melakukan promosi mengenai lagu tersebut, tiba-tiba dia mendapat dm daripada seorang wanita yang mahu mengajaknya untuk berjumpa dan melakukan sesuatu perkara yang ‘nakal’.
Pada mulanya dia sekadar hantar ‘hi’. Selepas itu, dia berani ajak saya untuk berjumpa. Paling best, dia sanggup bagi nombor Whatsapp dan mahu membayar saya RM800 untuk melakukan perkara ‘nakal’. Saya terus tak layan.
Disoal sama ada ini merupakan pengalaman pertama ataupun tidak, Kozae barkata, dia sudah pernah menerima dm seperti ini sejak tahun 2008.
Saya anggap apa yang berlaku itu merupakan perkara biasa. Mungkin dia nak bergurau dengan saya. Sebenarnya dari tahun 2008 saya selalu dapat dm mesej macam ni. Mungkin mereka nak mendekati saya. Bagi saya masing-masing ada tabiat dan mereka tidak merancang untuk berbuat demikian. Nasihat saya, benda ini tak manis tambahan saya mempunyai keluarga di Sabah.
Berbicara mengenai karier seni pula, Kozae memberitahu dia banyak melakukan kerja di belakang tabir sebelum lagu ‘Realiti’ keluar.
Saya banyak buat kerja di belakang tabir seperti menghasilkan lagu baharu untuk artis tempatan. Selain daripada itu, saya ada perniagaan cuci kereta dan rumah sewa.
Tambah Kozae, sudah tiba masanya dia menghadiahkan buah tangan buat peminat yang setiap tahun menunggu lagu baharu daripadanya sendiri.
Jelas Kozae, kolaborasi bersama Azharina ini merupakan sesuatu yang sangat ‘fresh’ dan mempunyai ‘vibes’ yang tersendiri. Oleh sebab itu, dia berharap semua orang memberi sokongan terhadap lagu ‘Realiti’ ini.
Harapan saya lagu ini akan menjadi kesukaan ramai dan mendapat permintaan di semua stesen radio dan televisyen. Pada masa yang sama, saya harap lagu ini dicalonkan di Muzik-Muzik dan berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu akan datang.
Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya kepada Kozae mengenai hubungannya dengan anggota kumpulan One Nation Emcees yang lain.
Hubungan saya dengan semua ahli One Nation Emcees yang lain masih baik sehingga sekarang. Saya berhubung dengan mereka seperti biasa. Bahkan, sebelum pelancaran saya ada menjemput mereka untuk datang. Cuma kekangan dari segi waktu dan beberapa masalah yang lain menyebabkan mereka tidak dapat hadir.
Walaupun mereka tidak hadir, mereka tetap memberi ucapan tahniah, doa dan kata-kata semangat buat saya. Saya hargai sangat.
Sekadar info, lagu ‘Realiti’ digubah oleh komposer terkenal Luca Sickta dan Kozae sendiri, manakala lirik ditulis oleh Kozae, Luca Sickta, Trigga dan Pasha.
Lagu ini boleh didengar di semua platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music.