Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita bertindak membuat laporan polis terhadap suami dan ibu mentua yang didakwa mengabaikan anaknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Mentua Saya Tahu Kisah Silam.. Dia Tak Marah, Guide Dengan Cara Yang Betul’ – Shaniena Natasya
Artikel Berkaitan: Feeya Iskandar Sebak Kehilangan Ibu Mentua – ‘Sepanjang Jadi Menantu Saya Tak Pernah Berbalah Dengan Dia’
Tolak perubatan moden
Gambar sekadar hiasan
Menerusi perkongsian di platform X, seorang wanita mendedahkan suami dan ibu mentuanya adalah golongan anti vaksin dan tidak percaya akan perubatan moden. Bagaimanapun, dia tidak mengetahui tentang perkara tersebut sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Difahamkan ketika bersalin, suami wanita tersebut turut menolak untuk pakar perubatan memberikannya vitamin dan vaksin.
Bercerita lanjut, wanita itu berkata, ketika anaknya jatuh sakit ibu mentuanya tidak memberikan ubat malah disuapkan kanak-kanak tersebut dengan madu.
Semasa raya haji, kami berkumpul di rumah mentua tapi anak saya demam. Saya bawa ke GP (general practitioner), dapat paracetamol tapi mentua kata tak boleh berikan.
Saya tak hantar anak ke taska, mak mentua cakap nak jaga dan saya masih positif.
Empat hari anak masih demam, paracetamols tak buka pun. Bila saya tanya anak dah lama demam, suami berkeras tak nak pergi hospital, mak mentua pula cakap dia beri madu.
Akibat tindakan itu, anaknya terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Anak saya lembik, kaki tangan semua bengkak. Madu dalam botol saya beli di pasaraya harga RM6. Saya terus bawa anak ke kecemasan, anak kena pneumonia.
Kemudian mak saya datang jaga anak di hospital.
Tidak berdiam diri, wanita itu mengambil keputusan untuk melaporkan suami dan ibu mentuanya kepada pihak polis.
Dalam masa yang sama dia juga memaklumkan bahawa dia akan memfailkan perceraian terhadap suami.
Saya buat laporan polis suami dan ibu mentua, kemudian polis tahan reman dan akan didakwa atas pengabaian, mereka ditahan dua hari sebelum dijamin.
Suami minta saya tarik balik laporan, saya tak mahu. Saya cakap saya nak failkan perceraian.
Dia cakap dia tak mahu jadi anti vaksin lagi tapi mak mentua dan keluarga dia yang lain memang maki saya panjang lebar.
Sumber: Platform X