Isu peperangan antara Palestin dan Israel mendapat perhatian ramai termasuk selebriti dan pempengaruh tempatan sejak Oktober tahun lalu.
Rata-rata selebriti di negara ini cakna akan perkara tersebut malah menyatakan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin termasuk penyanyi, Aizat Amdan.
Artikel Berkaitan: Impian Aizat Saha Bergelar Pelakon Tercapai, Syukur Diberikan Peluang Membintangi ‘Racun Rihana’
Artikel Berkaitan: Buletin Utama Khas Malam Ini, Siri Duka Di Bumi Gaza – ‘Malaysia Berdiri Teguh Bersama Rakyat Palestin’
Berhati-hati nak beli barang
Ketika ditemui OhBulan!, Aizat atau nama penuhnya Muhammad Aizat Amdan berpendapat bahawa tiada keperluan untuk menyokong produk atau mana-mana individu yang terlibat dengan Israel.
Secara peribadi bagi saya kalau kita dah tahu produk atau individu itu memberi dana kepada Israel, kita takkan sokong kan? As simple as that.
Jadi kalau ada mana-mana individu yang terlibat dengan mereka di sana, kita tak perlu sokong.
Dalam nada tegas, Aizat berkata dia sama sekali tidak akan menyokong apa sahaja perkara yang berkaitan dengan rejim Zionis.
Penyanyi berusia 35 tahun itu juga menyatakan pendiriannya terhadap saudara sesama Islam di negara bergolak itu.
Kalau kita memang tahu dia menyokong Israel, bagi saya kita tak perlu sokong.
Saya tidak akan menyokong mana-mana individu yang terlibat dengan peperangan orang islam. Ini adalah untuk muhasabah diri saya juga.
Saya juga sentiasa berhati-hati dengan apa yang saya pakai, beli..saya akan mengenalpasti produk-produk tersebut dari negara mana.
Ini adalah kehidupan kita sekarang, kita tak boleh lari daripada realiti.
Aizat berkata demikian seusai sidang media Festival Atas Angin yang berlangsung di MyTown, Selangor pada Selasa.
Tak akan pergi konsert
Ketika disoal tentang konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars yang bakal diadakan di Malaysia September ini, pelantun lagu Pergi itu berkata dia tidak berhasrat untuk menghadirkan diri.
Itu di luar bidang kuasa saya, tetapi bagi saya kita tidak boleh menghakimi, masing-masing ada cara dan perjuangan yang tersendiri.
Bagi saya dia memang seorang penyanyi yang hebat, saya suka lagu dia. Tapi saya tidak akan ‘menutup mata’ semata-mata untuk pergi ke konsert dia.
Saya boleh sahaja dengar lagu dia di luar, saya tidak kisah. Ada batasnya sebagai manusia, takkan lah kita nak ikut sahaja kalau kita tahu dia adalah individu yang menyokong Isreal.
Kita kena tahu apa yang terbaik untuk kita.
Terdahulu, kecoh diperkatakan di media sosial tentang isu boikot terhadap konsert Bruno Mars susulan penyanyi tersebut didakwa menyokong Israel.
@ohbulanofficial Terbaik Aizat ?? #ohbulan #sembangentertainment #aizathamdan #tetap #pendirian