Sering dilihat mesra dan ‘sporting’ bersama anak-anak, usahawan sensasi iaitu Kak KM mendedahkan bahawa dia akan memarahi anak-anak sekiranya melakukan perkara yang tidak digemarinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Sebak Teman Anak Ambil Keputusan SPM – ‘Anak Mama Pandai’
‘Itu paling aku pantang’
@sweetdarakmbeautyjanga sesekali menipu org tua …? original sound – Kmbeauty
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkongsi perkara tersebut ketika menjawab soalan yang diajukan oleh pengikutnya menerusi Instagram Story (IG Story).
‘Tengok Kak KM sporting ja dengan anak. Tapi apa yang menyebabkan Kak KM marah dengan anak?’
Menjawab kepada pertanyaan itu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini memaklumkan dia tidak suka sekiranya anak-anak bercakap bohong dan menipu.
Jangan menipu aku, itu saja. Jangan melawan atau menipu, itu pantang Kak KM lah.
Sekali kau menipu jahanam hidup kau. So far anak aku tak berani nak tipu lagi tapi belakang aku tak tahu lah.
Tambah Kak KM, dia juga tidak kisah sekiranya anak-anak tidak berjaya dalam pelajaran asalkan menjaga adab dan tidak melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Aku kalau benda lain tak ada hal, sekolah bodoh (tak berjaya dalam pelajaran) pun aku boleh lagi.
Aku selalu terapkan dorang kalau menipu ini tak akan selamat pun, jadi kena pandai-pandai lah ya.
Hantaran tersebut menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Kak KM dalam mendidik anak-anak.
Komen netizen
Sumber: TikTok