Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B hadir ke sebuah sesi podcast dan menceritakan luahan isi hatinya apabila dibesarkan dengan kasih sayang seorang ibu sahaja.
Artikel Berkaitan: Sandal Cik B Harga RM3,700 Disangka Hilang, Rupanya Bibik Pakai – ‘Sampai Jadi Macam Ni’
Artikel Berkaitan: ‘Nak Buat Macam Mana Makanan Malaysia Sedap Sangat, Okaylah Nanti Cik B Diet’
Trauma dengan lelaki
Menurut Cik B, ibunya menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah dalam keluarga sejak usianya masih kecil. Oleh sebab itu, dia selalu menganggap ibunya seperti ayah, mak, kakak dan besties untuk berkongsi segala hal bersama. Tambah Cik B, dia tidak bersama ayahnya sejak usia dua atau tiga tahun.
Mama ni dia pegang tanggungjawab ayah dalam keluarga saya. Jadi mama adalah saya punya ayah, mak, kakak dan besties. Memang saya anggap mak saya itu sebagai semua. Saya tak bersama ayah sejak kecil. Saya jumpa dia pun memang macam meminta.
Disoal sama ada masih berhubung dengan ayah ataupun tidak, Cik B berkata, mereka sudah tidak berhubung.
Dia ada hantar dm dekat saya di Instagram. Tapi saya rasa macam orang akan cakap dia tetap ayah kita apalah…Tapi betul dia tetap ayah. Kalau berhubung memang tiada perbualan. Waktu besar baru dia cari.
Ditanya pula sama ada rindu atau tidak terhadap ayah, Cik B secara ringkas menjawab dia berasa biasa sahaja.
Saya rasa macam trauma dengan dia. Trauma dengan lelaki.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Myaudioplus